Thursday, 21 February 2013
Wawasan 2020.....bolehkah Malaysia mencapainya?
Malaysia tidak dapat mencapai matlamat wawasan 2020 kerana dari segi kemajuan, negara kita masih ramai lagi hidup di paras kemiskinan dan daif. Kita masih mempunyai tempat yang tidak mempunyai infrastruktur asas yang cukup. Di bandar-bandar besar pun termasuk yang sudah diberi taraf bandaraya masih dikelilingi setinggan lagi. Warung-warung kotor masih bersepah lagi dan batang-batang jalannya pun masih penuh dengan lopak-lopak dan keadaan keliling masih kotor.
Kerajaan gagal memberi tumpuan serentak memajukan kawasan-kawasan pendalaman yang menderita tanpa pembangunan untuk membekalkan keperluan penduduk selesa dengan keperluan asas yang sempurna.
Kita masih banyak lagi tempat-tempat terpencil dan terbiar tanpa didatangi kemajuan. Apabila setiap kali mahu mengadakan pilihan raya kecil di sesuatu kawasan, kerajaan terpaksa bergegas dan tergesa-gesa membaiki jalan, mengadakan lampu isyarat, membina surau dan masjid, memasang letrik, membesarkan longkang dan sebagainya.
Padahal semua itu sepatutnya sudah sedia ada, bukan kerana pilihan raya
Tambahan pula,suasana politik di negara kita tidak sentiasa stabil kerana begitu ramai lagi rakyat yang terputus daripada pembangunan sama rata antara semua kaum.
Diparahkan lagi dengan masalah perkembangan ekonomi Malaysia yang tidak menentu.Ramalan pertumbuhan KDNK sebanyak 6 peratus untuk tempoh lima tahun akan datang akan mengikut jejak dua Rancangan Malaysia yang sebelumnya yang gagal mencapai sasaran KDNK mereka.
Berdasarkan Rancangan Malaysia ke-7 dan ke-8, pertumbuhan ekonomi adalah sebanyak lima peratus dan 4.7 peratus masing-masing masih jauh di bawah sasaran 8.6 peratus dan enam peratus pada sasaran yang ditetapkan.Jika Malaysia mengekalkan trend pertumbuhan ekonomi enam peratus setahun ini untuk 10 tahun akan datang, adalah amat sukar bagi Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment